nuffnang advert

Tuesday, August 22, 2017

mustakim, kau tidur comel dan kacak

Assalamualaikum semua...

aduhaiiii, anak aku si adik tu dah ada peminat kat sekolah okeyyy...
meh la nak story serba sikit...
adik ni baru darjah dua tau...

sebenarnya adik ni dah dapat banyak kali surat dari kawan sekelas dia...
tapi adik cuma bercerita je la dengan kami...
aku tanya mana surat yang adik dapat tu, adik jawab adik dah buang...hahaha...
sian kawan ko tu dik, beriya dia tulis surat, ke tong sampah ko campak surat tu...

tapi satu hari tu dia ada bawak balik sepucuk surat,
dia cakap yang bagi ni nama dia Huda...
aikkk, rasanya adik cakap hari tu nama budak tu lain...
adik cakap ni orang lain pulak ni mama...
aku tanya kat adik lagi, berapa orang sebenarnya yang minat kat adik ni?
adik jawab ada lebih kurang 5 orang mama...
aku macam nak tergelak dengar adik cakap macam tu...
poyo je ko dik sampai 5 orang minat ko...muahahaha...

surat yang Huda bagi ni dia buat dalam bentuk buku nota kecik...
depan sekali dia tulis 'untuk mustakim i Love u'
ohemjiii, rasa nak pitam aku baca...
advance betul budak2 sekarang...ekekek...
dah la eja nama anak aku salah....eja betul2 dik, Mustaqeem okeyyy...kehkeh...

mustakim kau tidur comel, kacak
mustakim jumpa dekat sk 1 mustakim
bye

aku tanya adik bila nya yang adik ni tido,
adik jawab adik ada tidur dalam kelas masa cikgu takde...

alahai...tak sangka pulak anak aku tengah tido tu pun ada yang tengah perhati...
si adik tu dah la kalau tido meleleh air liur basi...
hrmmm, tu pun ada orang minat jugak eh....kahkah...
siap ajak jumpa kat SK 1, amboiii sangat ni...

aku tak suka kau
tapi aku suka kau ni rajin pandai
bukan macam hakimi tu tersengih sengih

part ni kami laki bini memang dah bantai gelak...
adoi la Huda oiii, ko ni kejap suka kejap tak suka..
pastu boleh bandingkan pulak dengan Hakimi tu...
geli hati aku baca...
part hakimi tersengih2 tu sumpah aku gelak berdekah...

for info, Hakimi tu saingan terapat adik...
dia dua orang tu selalu compete untuk dapat nombor satu dalam kelas...

 belakang note tu dia tulis sekali lagi, i love u...

lagi nota yang adik dapat malam tadi...

mula mula ku pandang dia ku jatuh dia
bila dia pandangku dia sebut i love u


amboiii lagu mana pulak tu Huda...haha


apapun, kami laki bini tak ambik serius hal ni...
kami cuma gelak2 je la...
cuma aku ada pesan kat adik, jaga diri, belajar pandai2..
tak kisah la kalau ada orang minat kita ke apa,
yang penting belajar dulu...
semua orang pun adik kena berkawan, jangan buat musuh...
itu paling penting...

adik cuma angguk2 je...

aku saja tanya abang yang darjah 6 tu...
abang, takde pulak budak pompuan minat kat ko bang?

abang jawab takde langsung mama...
hahaha...mana pompuan suka kat ko bang, dah ko kuat menyakat budak2 tu...huhu...

hrmmm, apa2 je la anak2 oiii,
kerenah korang ni la penawar dan racun mama dan daddy...
loves uolsss...


Monday, August 21, 2017

let's masak masak (part 15)

Assalamualaikum semua...

let's masak masak!
macam biasa ni masak2 tahun lepas punya,
tapi gigih jugak nak update...hahaha...
dan macam biasa jugak,
semua pic aku amek dari IG aku je,
sebab kebanyakan pic aku dah delete...


kerang goreng cencaluk...
siapa tak makan kerang takmo geng,
siapa tak makan cencaluk pun aku takmo kawan...hahaha...

sebenarnya kan, aku ni pun bukan la feveret sangat dengan kerang ni,
tapi sesekali makan ok lah jugak...
laki aku yang tak berapa gemar dengan kerang pun boleh jatuh cinta dengan menu ni,
dia cakap lauk ni sedap sangat...

korang kalau nak resepi boleh klik sini,
aku pernah share resepi kat dalam blog aku sebelum ni..
Raja Azmi selebriti tu pun ada 'like' utk menu ni tau...
tanjat i...i ingat raja azmi tipu, sekali i skodeng dia punya IG,
eh betul la Raja Azmi like post aku...
hahahaha ok jakun artis like IG i...muahahaha...

bubur chacha dengan pisang...
uiiii lazat sekali dimakan waktu malam selepas dinner...kehkeh..

cekodok pisang.
ni feveret laki aku...
dia kalau tiap2 petang buat cekodok pisang pun dia suka je...
cekodok pisang kalau lagi hitam lagi kami suka..hehe..

nasi goreng seafood cincai namanya ni...
ni aku goreng masa balik kerja kalau tak silap...
sebab rushing nak buka puasa dah masa ni...
so, masak pun ala kadar je...

kuew tiow goreng...
layan...

bila malas nak masak sayur,
tapi tekak tetap nak makan sayur,
jadinya campak je bendi dalam kerisi berlada tu...
ha...senang kerja aku...hahaha..
aku ni jenis kalau makan, wajib nak kena ada sayur...
takde sayur macam tak lalu la nak makan...huhu...

kat rumah aku ni,
kalau aku buat sardin tak laku okey...
laki aku mmg dari kecik dia mmg anti betul dengan sardin...
apesal ntah...grrrrr...
anak2 pun tak minat sangat sardin...
sudahnya kalau aku buat sardin mmg aku sorang je yang makan...
padahal aku buat sambal sardin sedap tau....hahahaha...
so, kalau aku teringin nak makan sardin,
aku akan masak tin kecik tu je...
sesekali baru beli sardin tin besar, sebab aku nak bawak ofis...
kawan2 kat ofis semua hantu sardin macam aku...hehe...

daging blackpepper...
kalau buat menu ni,
aku akan perap daging semalaman dengan bahan2 perapan...
sebab nak bagi rasa sampai ke dalam daging tu...
dan aku akan pastikan daging aku akan rebus dulu...
sebab aku tak suka makan daging yang liat...

mee sanggul...
first time sebenarnya masak mee sanggul ni...
mee sanggul ni hubby beli dengan member dia...
dia saja beli sebab nak try katanya...
for those yang tak tahu,
mee sanggul ni femes kat belah utara sana...
cara masak pun lebih kurang nak buat mee goreng jugak la..
cuma bezanya mee sanggul ni comel macam sanggul la..hahaha...

feveret aku selamanya...
siput sedut masak lemak...
dah jadi feveret anak2 jugak...
siput sedut ni aku tak suka makan dengan nasi,
aku suka ratah macam tu je...
buat ratah depan tv...uiiii tak sedar dah habis...
cuma yang malas sikit bila nak siang siput ni la...
tapi kalau dah suka makan punya pasal,
aku gigih jugak la menyiang...huhu...
satu lagi kalau nak sedap masak lemak siput ni,
korang letak sebijik keledek dalam masak lemak tu...
potong kecik2 dan biar dia hancur dalam masak lemak tu...
serious la weh, korang akan rasa masak lemak tu sedap lain macam...haha...
ni resepi aku tiru dari mak aku...
terbaek la mak!


ok lah, cukup 10 menu untuk hari ini...
bila2 kang kita sambung dengan menu yang lain pulak...bai!

Thursday, August 17, 2017

sedapnya semua seafood di E&O Kari Kepala Ikan ni!

Assalamualaikum semua...

kali ni nak update makan2 seafood pulak...
mmg makan kat sini a bit pricey sikit,
tapi kalau makan beramai2 tak lah terasa sangat nak kena bayar tu...

ok lah, kali ni kami makan kat satu restoran seafood sedap...
kat Taman Wahyu, Batu Caves...
restoran ni member aku si Yan tu yang recommend...
dia cakap dia biasa makan kat situ...
so, kali ni dia bawak kami pulak makan kat sana...

kami berempat sampai dulu...
sementara tunggu lagi dua orang sampai...
Aton n DD lambat sangat, kami bergambo dulu la ye...

sebelum sampai sini, Yan dah booking dulu...
dan kami pilih tempat makan bahagian dalam, yang ada ekon...
sejuk sikittt...heheh...

kat sini signature dish dia adalah kari kepala ikan...
kiranya kalau datang sini, mmg wajib kena order menu ni la...
pastu dia ada 3 jenis ikan je...
korang boleh pilih sama ada nak ikan merah, jenahak atau ikan apa ntah satu lagi...
tapi kami pilih ikan merah la...
ikan dia fresh dan besar okeyyyy...
kami tak habis makan kat situ...
siap tapau bawak balik..
jadik habuan kat aku la kepala ikan tu,
sebab kawan2 aku ni tak makan kepala ikan...
dorang reti makan bahagian isi je...ntah apa2 kan dorang tu...hahaha...
aku pulak kalau kepala ikan tu siap makan mata dia sekali tau...
isi kat pipi ikan tu aku korek2 lagi...hehe...

harga kepala ikan merah ni rm80...
perghhhh terus rasa macam kami ni anak2 dato'...hahaha..
makan kemain mahal lagiiii...adoiiii...
sesekali dapat gaji boleh la mcm ni...
reward diri sendiri...
nak selalu mkn mcm ni, mmg pitammm..

 ada yang order air kelapa...termasuk aku...

sotong goreng tepung...
sotong dia kemain gemukkk okeyyy...
besar2...mmg puas makan...
sepinggan gini rm45...

ni pulak sayur kobis masak oyster rasanya...
tak tahu lah nak cakap, apesal ntah sayur ni sedap sangattt...
sayur terbaik dan lazat pernah aku rasa...
ditambah lagi dengan taburan garlic flake, ya ampunnnn....sedap giler!
sepinggan gini rm18...
amek kau, makan sayuq ja pun 18 hengget...

yang best makan kat sini sebab ko tak yah pening nak order macam2...
ko cakap je nak order sayur, mmg dia akan hantar sayur ni...
tak yah ko pening nak pilih kailan ke kangkung ke apa...
mmg dorang akan hantar kat korang kobis ni...heheh...
tapi percayalah, kalau korang peminat sayur,
korang pun akan cakap kobis oyster ni mmg lazat sekali!

bila makan kari wajib ada papadom...
baru win!
papadom sepinggan gini rm4.

complimentary...
sambal belacan...

ni udang lipan telur masin...
seriously, mmg sedap!
memang terbaekkkk...
dia dah siap buang kulit bagai korang tinggal makan je...
rasa dia wallahhhhh...
cukup rasa masin, manis, pedas dia tu...
mmg aku akan ajak laki n anak2 aku makan kat sini nnt...
nak bagi dorang rasa jugak kesedapan makan kat sini...
sepinggan gini rm35.
sama jugak masa nak order udang lipan ni...
korang ckp je nak udang lipan, mmg dia akan hantar udang lipan salted ni...

tu diaaaaaaa....menu jumaat kami...
meriah kan...
aku up pic ni kat IG...
ramai pulak kawan2 ofis aku tanya kami makan kat mana...
sebab nampak sedap semua menu...
aku pun apa lagi bagitau la...
dan aku jamin korang akan puas hati makan kat sini...
service laju, menu pun sedap2...

#gengmakan16
masing2 makin gemuk sebab masing2 pun suka makan...
masing2 suka masak...
ada yang expert bab dessert, ada yang expert bab masakan melayu,
ada yang expert ayam golek, ada yang expert kari keling,
ada yang expert mushroom soup sedap kalah pizza hut...
kawan2 aku ni rajin masak pastu rajin bawak makanan sedap2 pi ofis...
mana tak aku makin gemukkkkkk...stressss...hahaha...

 ok lah, kalau korang nak makan kat sini, mmg aku recommend!

ni details dia:

E&O Kari Kepala Ikan,
40-42, Jalan Sibu 8,
Taman Wahyu, Batu 6, Jalan Ipoh,
68100 Kuala Lumpur.
03- 6257 2932 / 03- 6257 8615
operation hour: 7.30 pagi hingga 5.30 petang sahaja

Monday, August 14, 2017

alahai Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Assalamualaikum semua...

awas semua, entry kali ni penuh dengan gambar...
amek kau, sesekali update terus bg sekali pukal punya...hahaha
sekali lagi, entry lama baru nak update...layan je la ye...

masa birthday si adik yang ke 8 tahun 29 Januari lepas,
kami bawak dia mandi manda kat Singgah Santai Resort...
eh bukan bawak dia je la...bawak satu family la...
mana boleh tinggal..hehe...

on the way ke Hulu Langat..
memang saja cari resort yang dekat2 je...
yang penting ada kolam untuk budak2 nak mandi...

ok dah sampai lobby...
nak sampai sini kami guna waze...
sepanjang melalui kawasan ni memang kawasan kampung...
kawasan yang agak berbukit...
best best...nyaman je rasa...
kat area kawasan ni jugak banyak sekolah tahfiz...
siap boleh nampak budak2 tahfiz ni amek wudhuk ramai2...
boleh nampak dorang beriadah...
syok pulak tengok budak2 tu...

majoriti yang datang sini kaum melayu la...
tu yang buat aku selesa sikit...

 ruang menunggu sementara tunggu nak check in..

dari reception menuju ke bilik kena naik kereta ye...
agak jauh sikit...
kami amek bilik suite room...
resort ni takde booking melalui online ye...
ni aku booking thru phone..
ada 1 katil queen dan 1 katil single...
ruang tengah tu macam biasa aku letak toto queen aku la...
so muat la kami tidur 5 beranak...kehkeh...

queen size

single size...
tu junior dah selak tingkap tak sabar nak terjun kolam dah..
bilik kami ni mmg menghadap pool...

ada tv kecik dan almari jugak...
stress aku tengok wayar berselirat bawah tv tu...grrrr...
tak boleh ke ikat cantik2...haih la...
yang tak bestnya resort ni sebab takde kettle nak masak air panas...
kalau nak air panas kena amek kat luar kat dewan makan...adoi la...
apa lah salahnya sediakan jug kettle dalam bilik...

dalam bathroom ada sediakan baldi dan gayung...
tapi yang tak best dorang tak provide towel...
so, kalau korang nak check in sini, sedia siap2 towel...
ntah apa2, kettele takde, towel sehelai pun takde...
bila aku tanya pasal tuala, dorang ckp resort ni mmg tak provide towel...
aku macam whatttt???
alahaiiiiii...kemurungan aku kat situ...
bajet hotel lain pun boleh sediakan towel tau...
mujur la aku ada bwk 2 helai towels...huhu...

agak luas jugak bilik ni sebenarnya...

tu ha pool...
betul2 depan bilik kami...
tu yang buat anak2 tak sabar nak terjun tu...

yang aku puji resort ni sebab pool dia ada banyak section...
so puas la anak2 berenang...
tapi air agak keruh....
hrmmmmm....

tu abang kemain seronok dapat main gelongsor kolam...

turn adik pulak terjun kolam...
amboiii ko dik turun style meniarap gituwww...

si junior ni ada mood sikit...
dia ni kengkadang tengah mandi kolam pun boleh ajak daddy rest dulu...
ajak daddy sembang2 dulu tepi kolam...
macam2 hal la si junior ni...hahaha...

ok sambung mandi...
kali ni main bola sekali..

ok daddy, sambut tau bola ni!

ni pulak kolam untuk baby...
kecik sikit kolam ni...

ha kecik je kan kolam ni...
dan air pun sangat cetek...
sesuai untuk kanak2 bawah 3 tahun...

ni lagu satu section...
kolam yang ni betul2 menghadap cafeteria dorang...
kalau lalu sini memang menggugat betul la...
sebab ada bau macam2 makanan...hahaha...

adik dan abang main bola tampar kekdahnya...
kemain si adik siap menjerit kuat2...hahaha...

si junior maintain main dalam baby pool tadi...
terus dapat kawan...

section yang ni anak2 aku tak terjah sangat...
mungkin dorang pun pening nak mandi kolam mana satu...
sebab dorang ada mandi lagi satu kolam...
kat sebelah atas sikit...nnt aku tunjuk pic...

budak2 dah penat naik makan jap...
aku mmg bawak bekal mihun goreng...masak dari rumah...
pastu goreng sekali telur dadar...pastu bawak sambal jugak...hehe...
pastu masa tengah jalan nampak orang jual buah2an...
drop sekejap beli buah betik...
pastu minum pulak air soda...hehe...

makan tepi pool...
wah memang berselera betul tengok budak2 ni makan...

masa kami tengah makan,
ada sorang makcik ni tegur aku...
'eh boleh bawak makanan masuk ye...
sebab makcik nak bawak masuk makanan tadi tak boleh...
dorang check beg, tak bagi bawak masuk makanan'

aku cakap la, sebab kami in house guest kot...
so takde la dorang check beg kami...

kat resort ni dorang open to public jugak kalau nak mandi manda...
tapi foods are not allowed la..
tapi kalau korang check in sini, takde la dorang nak check beg pun kan...
sebab tu kami lepas bawak bekal...hahaha...

bertambah2 budak2 ni makan...
lepas mandi kan memang lapar...

kolam ni besar sikit kan...
tapi tengah2 kolam tu ada divider tau...
nak memisahkan kolam dewasa ngan kanak2...
yang sebelah sana kolam kanak2, ada gelongsor bagai...
yang sebelah sini ni kolam dewasa,
kolam dewasa tak ramai orang pun...
ye lah masing2 mandi sama2 ngan anak masing2 kan...

view dari sudut sini pulak...

tempat duduk pun banyak..


ramai la parents yang bertenggek atas divider tu tengok anak2 mandi manda...

air kat kolam ni tak keruh...
mungkin sebab pool ni belah atas...
air yang keruh tu semua kat pool belah bawah...
so, air dari atas turun ke bawah tu yang jadik keruh agaknya...

tu.....abang ngan adik tengah bersuka ria terjun gelongsor...
daddy ngan junior duk perhati je kat tepi tu...

ni cafe dorang...
aku tengok ramai yg order burger kat sini...
tengah mandi, bau burger pun rasa lazat sangat...

jambatan yang memisahkan kolam awal2 yang aku tunjuk tadi dengan kolam dewasa...

yang aku sakit hati sangat sebab awal benar dorang tutup air pancut tu...
masa ni baru pukul 5 petang...
outsider yang datang mandi masa ni mmg ramai dah balik...
tinggal la kami yang in house ni...
masalahnyaaaaa....orang in house ni nak mandi lagiiii....
budak2 ni dah bising kenapa tutup air pancut awal sangatttttt....grrrrr...
so, apa kelebihan kami yang menginap ni...
kalau kami dilayan sama macam outsider...hampeh betul...
bila dah tutup air pancut tu mmg boring la kan...
pastu budak2 nak pi balik kat pool belah bawah...
pegi balik, aik?? dah close section?? apa kesss???

ni kalau korang nak datang mandi...
dewasa: rm10
kanak2: rm5

waktu mandi adalah dari jam 9 pagi hingga 5 petang..
tempat persalinan semua ada disediakan...

tu diaaaaa...model baju renang...
siap bukak zip kat dada tu...
alahai junior sayanggg...
rinduuuuu...

ni masa kami makan malam...
kami makan kat area Hulu Langat tu jugak la...
mula2 macam nak carik kedai tomyam ke apa ke...
tapi kebanyakan kedai penuh...
tak kuasa la nak tunggu bagai...lagi pun anak2 dah penat, letih...
jadinya kami mandi kat restoran yang tak ramai orang...
so kami makan kat sini, tapi tak tahu apa nama restoran ni...
sebab tak sedap sangat, tu yang malas nak ingat nama kedai ni...hahaha...

chicken chop...

ikan pari portuguese style..

garlic breads n mushroom sauce...
kami order dua set mcm ni...
sbb anak2 suka...

antara menu breakfast di coffee house..
tak banyak sangat menu nya pun...
tapi ok lah...
ada jugak section kuih muih dan buah2an...ok lah makanan kat sini...
boleh tahan sedap...

keadaan dalam coffee house...

mengadap swimming pool jugak...

ini dia budak yang dirai...
dah 8 tahun anak mama ni...
ketua darjah yang disayangi cikgu...
cikgu puji sikap dia ni...
cikgu cakap dia ni ketua darjah yang baik hati, rajin dan bijak...
mama sangat hepi dengar cikgu cakap mcm tu...
mudah2an kekal sampai bila2...

satu benda yang aku nak puji kat resort ni adalah,
dia punya receptionist yang sebelah aku ni sangat helpful...
yang ni aku puji la...
yang lain2 macam kemudahan kat resort ni banyak nak kena improve aku rasa...
lenkali kalau aku datang pun mungkin sekadar nak mandi manda kat sini je la kot...
(itu pun kalau air dah tak keruh)
namun nak check in sini aku rasa macam dah serik...

eh, tapi kalau korang nak check in sini boleh la try...
sebab ni experience kami bulan januari lepas..
mungkin sekarang dah ok, mana tahu kan...
apapun, aku tetap sokong perniagaan bumiputera...
cuma kalau ada complaint, harap boleh terima dan improve.

anyway, harga bilik suite room kami adalah rm175 termasuk breakfast utk 2 orang...
kalau kanak2 kena tambah rm7 sorang dari umur 4 hingga 11 tahun..


ni details resort kalau korang nak ke sana:

SINGGAH SANTAI RESORT
Lot 7141, Jalan Felcra Semungkis,
Sungai Gahal, Batu 14,
43100 Hulu Langat, Selangor.
019-676 8454 (Yana)
013-372 7706 (Office)